Program Sijil Peningkatan Guru Al-Quran (SPGQ) merupakan sebuah program pendidikan berterusan yang ditawarkan oleh PERGERAQ bagi calon guru-guru al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam tempatan.
Ia merupakan satu program peningkatan yang bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam mengukuhkan lagi ilmu-ilmu dasar yang berkaitan dengan al-Quran. Dengan mengambil pendekatan yang berteraskan kemahiran (skill based), program ini diharap dapat mempersiapkan peserta secara seimbang dalam dunia pengajaran dan pembelajaran al-Quran.