Chat Toggle

Donation

DANA UMUM

Persatuan Guru-Guru Al-Quran (PERGERAQ) memerlukan sokongan dan sumbangan anda untuk terus berkhidmat kepada masyarakat tempatan dengan menyediakan program pendidikan, dakwah dan kerja amal.

Sedekah dan infaq merupakan tindakan mulia memberikan wang atau harta kepada yang memerlukan, dengan tujuan suci untuk menebar kebaikan dan kebajikan, semuanya demi meraih redha Allah S.W.T.

Yang pertama dalam keutamaan nya, adalah pasti akan digantikan dan diberi balasan oleh Allah SWT. Dalam waktu dunia, Allah akan menggantikan sedekah tersebut dengan segera. Dan kelak di akhirat, Allah akan memberikan balasan dan ganjaran yang setimpal.

Bukan sahaja merupakan cara untuk membantu mereka yang memerlukan, tetapi ia juga menjadi pintu keberkatan yang Allah janjikan. Melalui tindakan ini, kita memperlihatkan kasih sayang kepada sesama makhluk dan kepada Allah. Keutamaan sedekah adalah satu anugerah berlipat ganda, di mana kita tidak hanya menerima balasan dalam bentuk dunia, tetapi juga dalam akhirat yang kekal.

Sabda Nabi SAW :
“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.” (Riwayat Al-Bukhari 1897 dan Muslim 1705)

Sokonglah aktiviti dakwah, program-program ilmu, dan  kemasyarakatan yang diusahakan oleh PERGERAQ, serta menyokong keseluruhan operasi harian PERGERAQ melalui sumbangan anda.

Dalam usaha yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Jazakumullah Khairan Jaza’ yang tulus dari hati. Semoga Allah SWT membalas kebaikan anda dengan pahala yang berlipat ganda sebagai penderma kami. Kami berdoa agar Allah memberkati setiap usaha dan sumbangan anda, menjadikannya sebagai sumber berkat dan kebaikan yang berterusan dalam hidup anda.


 

Share