Chat Toggle

Donation

DANA BIASISWA AL-QURAN & QIRAAT

Dana Biasiswa Al-Quran & Qiraat ini merupakan bantuan atau sokongan kewangan yang bertujuan untuk mendorong lebih ramai individu untuk memperdalam ilmu Al-Quran dan Qiraat. Matlamatnya adalah untuk melahirkan lebih banyak ilmuan dan pakar di bidang ini. Dana ini diberikan kepada individu yang berminat untuk mengejar ilmu Al-Quran dan Qiraat dengan tujuan untuk meningkatkan jumlah masyarakat yang mahir dalam membaca Al-Quran dan juga memahami kandungan yang terkandung di dalamnya.

Setiap biasiswa bernilai $5 ribu setiap satu.

Pada tahun 2021, dua orang mahasiswi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dipilih sebagai penerima biasiswa ini.

Sementara itu, pada tahun 2022, seorang mahasiswi dari USIM (penerima biasiswa tahun 2021) telah dianugerahkan biasiswa ini untuk mengejar impian beliau dalam memperdalam ilmu Al-Quran dan Qiraat.

Pada tahun 2023, 2 mahasiswa dari USIM teleh menerima biasiswa PERGERAQ.

Dengan memberikan biasiswa ini, diharapkan lebih banyak individu yang bersemangat untuk menyertai bidang ini dan memberi sumbangan kepada masyarakat dengan menjadi mahir dalam membaca dan memahami Al-Quran. Melalui penyelidikan dan pemahaman yang mendalam, diharapkan masyarakat dapat lebih mendalami nilai-nilai dan hikmah yang terkandung dalam Al-Quran untuk kebaikan bersama

Share